Selasa, 19 April 2011

Mohd Khalid..satu nama yg agung dijiwa ku.

Betapa agung cinta mak pada ayah,sehingga ke saat ini tiada yg dapat menggantikan tempat ayah.sudah 21tahun mak tdo seorang diri..
21.11.1991..
itu tarikh yg aku tak akan lupakan sampai ke hari ini.walau pun esak tangis sekeluarga bergema di segenap ruang rumah,kenyataan itu tetap tidak akan berubah sampai bila-bila.Ayah tetap meninggalkan kami.Khamis mlm,itu catatan masa yg merubah segala-galanya.Saat itu akan berada di hospital bersama insan yg digelar ibu tiri ayah ku.aku dimaklumkan ayah telah kembali ke rahmatullah dan kata ayah saudara ku ayh pesan jaga adik2.Biar aku mengimbau saat2 itu..

Pagi Khamis tu,Van jenazah sampai diperkarangan rumah kami.Ketika itu umur aku 16 tahun,bila ku pandang emak,dia sedang memangku adik bongsu ku,yg ketika itu genap umur 3 bulan.Tidak henti2 mak menangis.Ku pandang adik ke dua tu,angah masih dipujuk supaya dia tidak mengamuk lagi.Dari tadi dia asik meraung meratapi kehilangan ayah kami.Tidak boleh salahkan dia jg,ketika itu umurnya baru 14 tahun.Adik yg ketiga 11 tahun,adik ke empat lelaki 6 tahun dan yg kelima lelaki 3 tahun.Walaupun keadaan disitu hirup pikuk kedengaran isakan tangis berpanjangan tetapi aku tidak rasakan begitu.Aku rasa dunia ini sepi..SEPI se sepi-sepinya.Bila org kmpung bertanya itu dan ini,aku kumpulkan kekuatan pada diri aku,jangan ada lagi air mata ku menitis di depan jenazah ayah.aku mahu nampak kuat di depan adik2 aku seramai 5 org lg.Jika aku yg sulong pun lemah dimanakah kekuatan mereka.Ku simpuh diri ini di hujung kaki ayah membaca surah yaasin.ku ulangi surah itu sehingga ayah di usung ke tanah perkuburan

Ya..aku masih ingat wajah kesayangan aku tu.Aku msh bertuah dpt mengingati secebis gurau senda ayah semasa dia hidup.Ayah seorg yg kental,kelakar dan tegas.setiap petang ketika dia pulang dia mahu semua ank2 ada di rumah ketika itu.kalau xde kat rumah..haa..tadah lah telinga tu karang,hehe

Selepas Ayah tiada masa tu aku rasakan macam ayah tidak mati,tetapi ayah hanya pergi kerja jauh.Kadang-kadang pukul 5 petang aku tercari-cari kot2 ayah pulang ke rumah.bodohnya aku!..masih tidak dpt menerima kehilangannya.

Tika itu,jika ada keluarga yg masih rasa kami ni keluarga mereka hanya segelintir.Yg lain cuma tggl nama.Takut jika kami adik beradik menadah tgn mnta disuapi.Sumpah,aku tau,ayah tidak merelakan itu semua.Wlaupun kami tidak makan,tidak akan kami memalukan nama ayah.Alhamdullillah..mak tidak lah membiarkan kami kelaparan.

Biarlah hari itu berlalu sepi.Aku kini sudah bahagia.Adik2 aku jua..cuma ada 2 org yg belum berumah tangga.Aku tidak pernah membiarkan emak keseoragan menghadapi segala masalah yg dihadapi ketika membesarkan kami.Aku rela berkorban segala-galanya demi mak dan adik-adik.Aku tahu pengorbanan aku tidak akan dipandang sepi olehNYA.Nah..tengok,akhirnya aku bahagia bersama insan yg bergelar suami.Melihat dia ketawa umpama memberi rasa aku telah membuat ayah bangga..Kalau dulu masih aku ingat ayah sering bertanya kan soalan yg sama pada emak.."awak rasa anak2 kita ada ke org nk buat bini Yah?'itu soalan yg sentiasa meniti di mulut ayah.bimbang benor xde org "NAK" ke anak-anak perempuan dia seramai 4 org ni..hehe.

Catatan kenangan ini di kongsi untuk menghilangkan resah rindu kan ayah.Aku mahu berkongsi rasa bagaimana rasa kehilangan insan yang bergelar ayah.jika anda masih ada ayah.Sayangi lah dia,biarpun ketika ini ada rasa marah anda padanya.Buangkanlah rasa itu. Mungkin ada ayah yang tidak membahagia anda waktu dlu..Maafkan dia..kerana dialah insan yg wujudkan anda di dunia ini.

Ayah terima kasih diatas segala-galanya.Biarpun coretan tidak dapt dibaca oleh ayah,namun aku mau anak-anak aku berkongsi rasa ini.Kesian ank2 ku tidak kenal insan yg bergelar to'ki,sebelah aku tiada,sebelah walid dia pun tiada..
"ya allah,ampunilah dosa-dosa ayah aku sewaktu dia masih hidup,kasihani lah sebagaimana dia mengasihani kami adik beradik,tempatkan lah ayah bersama2 org salih..amin
~al-fatihah~
Like ? Please drop your comment here ♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan