Rabu, 13 April 2011

QUICK AND EASY PIZZA CRUST

Ini lah Pizza yg merubah mood aku kelmarin..betul2 merana jiwa dan raga bila melihat hasil kerja aku Fail terus.lalu aku post kan status aku yg teramat kecewanya di Fb.Responnya :- sifu2 aku sue ,izzah dan k.nor memberi panduan memilih Yis baik.Rupa-rupanya pizza ku x jadi disebabkan Yis yg x naik.

Mengikut penerangan k.nor yg detail..<aku CnP dari komen beliau>" kalau nak buat apa2 guna yis, cuba penaikkan dulu yis.letak yis dlm bekas, letak air dan gula dalam 2 sudu pastu + gak dgn tpg gandum 2 sudu (amik yg dlm sukatan, bukan amik extra air, gula atau tpg) kalau nak molek lg guna air suam yg... rasa suam sket2 jer.. jgn suam panas, yis boleh mati. satu lagi masa menguli jgn kenakan yis dgn garam. gula menghidupkan/mengaktifkan yis tapi garam mematikan yis. sbb tu kalau kita uli doh, butter diletak last, lepas doh dah terbentuk pastu uli lagi sampai doh gebu..:..setelah aku menge'test' yis,3x beli baru lah yg terakhir tu berbuih.terus aku buat untuk kedua kalinya menggunakan resepi yg sama pada hari ini..

hasilnya..
s.e.n.y.u.m   xperlu kata apa2..(sambil tgk sempt lg nyanyi lagu ni taw)
meriahnya : ni aku buh perasa kiub tomyam
bestnya..yummy3x
Aku CnP dr ni je :http://sue-hasue.blogspot.com/

QUICK AND EASY PIZZA CRUST
source: allrecipes
source: Izah@izahdaut.blogspot.com

Bahan2

7 gm yis segera
1 sudu kecil gula 
1 cawan air suam
2 1/2 cawan tepung roti
2 sudu makan minyak zaitun *saya guna minyak masak je
1 sudu kecil garam


Caranya:
1. Dalam mangkuk sederhana, satukan yis dan gula dengan air suam dan biar yis berbuih lebih kurang 10 minit.
2. Kemudian masukkan tepung, minyak dan garam. Pukul hingga licin dan lembut. Biarkan 5 minit.
3. Bentukkan doh ke dalam pizza tray dan taburkan dengan topping kesukaan.
4. Bakor hingga pizza kekuningan.
* Saya bakor pada suhu 180 selama 25 minit.
*topping sya tumis bwg putih dan masak seafood dgn menggunakan kiub maggi tomyam.



Like ? Please drop your comment here ♥

4 ulasan:

  1. Salam kunjungan... singgah la ke blog saya ;)


    http://www.zuwairiaiman.com

    BalasPadam
  2. Yes!!! Akhirnya tersenyum juaaa.. Kiki
    Bagus tu tips kak nor tu..

    BalasPadam
  3. @bob..oke nti sya follow ye..

    BalasPadam
  4. @izah:betul3x..ni dh ade org order lg tu.hehe

    BalasPadam