Ahad, 10 April 2011

Cacing!cacing!

salam.semua..
Hari ini aku makan ubat cacing stelah sekian lama x mkn ubat tu.Al-kisah,semalam aku tgk dlm fb video seorg doktor operate pesakit dan buang cacing2 yg besor2..geli aku!

cacain yg dimbil dr seorg budk perempuan,lebih dr 100 ekor!!
Mari kita zoom gmbr dr dkt
Sedikit matlumat ttg cacing ni aku perolehi di nation poison centre
CNP matlumatnya :
Di antara langkah-langkah meningkatkan tahap kebersihan diri yang boleh diamalkan ialah:
  • Memakai kasut apabila berjalan keluar dari rumah. Jangan sesekali berkaki ayam kerana larva cacing boleh mengorek   tapak kaki untuk masuk ke dalam badan.
  • Perlu diingatkan bahawa telur cacing yang melekat pada pakaian dalam berupaya menjangkiti orang lain.
  • Mandi dan cuci bahagian dubur untuk mengelakkan telur yang dilekatkan pada bahagian tersebut.
  • Jangan garu pada bahagian dubur. Ini boleh menyebabkan berlakunya jangkitan pada kawasan tersebut.
  • Selepas kanak-kanak yang dijangkiti membuang air besar, cuci tangan dengan teliti. Cuci bahagian celah kuku untuk mengeluarkan telur cacing. Kerat kuku kanak-kanak sehingga pendek untuk mencegah telur cacing terlekat di celah kuku. 
  • Cuci tangan dengan teliti sebelum makan atau selepas membuang air besar.
Jenis cacing
Cacing kerawit
(ancylosotomadoedenali necator americanus)
Tanda-tanda penyakit
Anemia (pucat yang disebabkan oleh kehilangan darah), tidak hadam makanan, batuk, pening, rasa mual, muntah, keletihan, gatal dan kemerahan pada tapak kemasukan cacing

Jenis cacing
Cacing gelang 
(ascaris lumbricoides, ascaris suum)
Tanda-tanda penyakit Tiada masalah padda jangkitan rendah, sakit perut, cirit-birit, saluran pemakanan tersumbat, tindak balas alergi.

Jenis cacing
Cacing rambu 
Enterobius vermicularis
Tanda-tanda penyakit Tidak hadam makanan, gatal pada bahagian dubur terutama pada waktu malam dan tidak cukup tidur, aktiviti garu boleh menyebabkan jangkitan

Haa..lepas ni jom lah pakat rmai2 kita g klinik@hosp untuk dapatkan ubat secara berskala.

Like ? Please drop your comment here ♥

1 ulasan:

  1. hishhh... dahsyat cacing2 ni menyerang yer.. geli geleman tgk... hehehh..

    BalasPadam