Rabu, 6 April 2011

Sup Tulang Simple

Hari-hari makan berlemak rasa boring jgk,sesekali buat sup tulang..barulah selera skit mkn nasi.Ditambah plk hidangan sampingan,ikan pari kering..tentu bertambah2 lah si sulong aku makan nasi.Klu dibuat singgang muncung semacam je mulut.Ntah kenapa ank2 aku x ikut selera ummi dia.semua x suka singgang..Jom layan Sup Tulang Simple.Dinamakan begitu pasal sya x guna rempah sup.resepi ini mak sedara yg berniaga ajarkan..
Sup bahagian Ekor

Nah!ambik seketul..:D

makan nasi lauk sup bersama ikan kering.
RESEPI SUP TULANG SIMPLE
Bahan2
1kg tulang
2 ulas bwg merah-dimayang
3 ulas bwg putih-diketuk
1 in halia-diketuk
2 in lengkuas-diketuk
sedikit Rempah 4 sekawan-kayu manis,bunga lawang,cengkih,buah pelaga.
1 sdb sos tiram
sedkit lada hitam-(ditumbuk lumat)kuantiti bergantung citarasa kepedasan masing2
garam
ajinomoto
sedikit cuka

cara-caranya
  • mula2 panas sedikit minyak.tumiskan rempah ratus bersama bwg merah,bwg putih dan halia.bila dh naik bau msukkan air.terpulang kepada invidu byk mana dia nak.tp klu byk sgt up kan sikit lagi bwg putih dan halia tu ya.
  • masukkan sos tiram.bila dh reneh msukkan tulang.garam.ajinomoto dan cuka
  • biar sehingga daging empuk.biasa sya masak kira2 1jam 15minit.bergantung pada jenis tulang ye.
  • kemudian braulah dimasukkan lengkuas.biar rasa lengkuas tu sebati barulah masukkan lada hitam
  • angkat dan hidangkan bersama daup sup,daun bawang,cili yg dipotong dan bwg goreng.
Tips:sebarang sup tidak digalakkan dicampur gula.ia blh menjejaskan rasa sup tu.klu nk rasa manis2 boleh lah ditambh dgn taugeh.
Like ? Please drop your comment here ♥

2 ulasan:

  1. huarghh..nak supppp..nak supppp...pns2 yer...daun sup kite dah bekal sendirik nih..hihi.sedapnyaaa aihh,terliur den

    BalasPadam
  2. ye lah..mentang le dia ada kebun sendiri..hihi..kan g cabut semua kan,nk jd pembekal kat supermarket.:)

    BalasPadam