Isnin, 23 Mei 2011

Super Moist Chocolate Cake (Chef Zubaidah)

Salam.
Jalan-jalan semalam kat umah salah seorang sifu aku,abih umah dia aku selongkar..tut-tut berkenan sgt dgn resepi ni,bila tgk tygn amal beliau hati ku mula tersentap dan jantung ku mula berdebar- debar.
Chewah,mukadimahnya,lain mcm bebenor..Haha..

Continue dis stori..Tanpa berlengah lagi aku pun salin resepi dan check kat stock brgn kat dapur aku,cukup x bahan2nya..nampak rezeki menyebelahi aku..dan hari ni terhasil kek yg aku sgt2 suka..rasenya sgt2 moist dan sgt rasa kecoklatannya.Tima kasih kepada Sue,sorry sue lupa nk kemas blk dapur sue tu :P
Ni tygn amal aku plk..


Kek ni sudah dipotong 1/3 ye..Nampk betapa 'Moist'nya kek ni..
 Memang sedap sangat.korang cubalah buat sendiri.Kek ni x payh guna mixer besor dan canggih-manggih.Aku guna hand whisk je..klu korang xde jgk hand whisk,mana tau kot2 korang miskin tahap kronik kan korang blh gunakan tgn dan kacau2 je..haha. Klu xde jgk tgn,korang pergi kat JKM mintak kad o.k.u ye..hikhik

Ni resepi yg aku cuba buat pertama kali dan akan buat lagi dlm mase terdekat ni..
aku jenis tersangat rajin kan,,aku CnP je la..Mntak izin ye..

Super Moist Chocolate CakeSumber CnP :HaSue
Resepi Asal: Chef Zubaidah
By:
Alongroz@myresipi.com

Bahan-bahan:
* 100g Serbuk Koko*
* 200g Gula pasir*
* 1 tin Susu sejat*
* 200g Minyak Masak Sayuran*
* 250g Susu Pekat*
* 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
* 150g Tepung Gandum >hasue guna tepung hong kong- aku guna gandum je

* 1 st Soda Bikarbonat
* 1st Baking Powder

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Bakar selama 40-45 minit bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus-
Aku guna loyang 9inx9in
4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.

Penyediaan chocolate ganache:
Bahan2:

  • 150g coklat masakan
  • 65ml whipping cream
  • 1 sudu teh mentega
Cara2:
  1. Gunakan kaedah double boiler,cairkan coklat. Kacau sehingga benar2 cair. Tambahkan whipping cream dan mentega. Padamkan api.
  2. Sejukkan seketika,(bila sejuk sedikit ganache akan sedikit memekat) barulah dituangkan di atas kek coklat yang sudah disejukkan sepenuhnya

Ni pun sempat posing kejap.Kat tepi2 dh ada tng yg nk amik taw..lepas je posing tinggal piring kosong je..

Ngap..Fuhh..klu mcm ni rasenya esok kena buat lagi,..:)

Like ? Please drop your comment here ♥

2 ulasan:

  1. hai! Kha...

    nak sepotong ke coklat....ada lagi ke...:)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kha,
    buat apa tu??? sedapnya donut, kek kat bawah pun sedap..kek red velvet pun menarik...adoiii semua menarik ni camno!!!:)

    BalasPadam